Ahad, 14 April 2013

Membeli minyak JTX1000 dengan modal hidup..


Gambar di atas merupakan 2 cincin yang saya beli tahun lepas dengan harga RM8++ . 5 bulan cicin ini saya perap kerana belum terfikir untuk digunakan. Selepas menjadi pengedar, pertama yang saya fikir bagaimana untuk mendapatkan modal bagi mendapatkan stok. Disini bermulanya peranan cincin ini.

Saya telah bawa 2 cincin ini ke arrahnu, dari penilaian mereka 2 cincin ini bernilai RM1400 dan layak mendapat pinjaman sebanyak RM930. Wow!!! Nilainya telah naik RM5++ . Saya mendapat pinjaman melebihi harga saya beli... Nampak tak emas merupakan modal hidup untuk tuan-tuan... untuk lebih jelas sila klik link ini.

Saya ada 6 bulan untuk tebus semula modal hidup saya...

Satu kotak besar mengandungi 4 botol bersamaan dengan RM560. untung runcit RM30 x 4 = RM120
Katakan setiap bulan saya dapat jual satu kotak besar.
                Beli              Jual             Untung

  1. Bulan 1    RM560 =>   RM680  => RM120   Modal RM560 guna semula di bulan2,3,4,5,6
  2. Bulan 2    RM560 =>   RM680  => RM120
  3. Bulan 3    RM560 =>   RM680  => RM120
  4. Bulan 4    RM560 =>   RM680  => RM120
  5. Bulan 5    RM560 =>   RM680  => RM120
  6. Bulan 6    RM560 =>   RM680  => RM120

-------------------------------------------------------------
Dari duit emas, modal RM560 telah di pusing sebanyak 6 kali RM3360 keuntungan yang dijana RM120 x 6 => RM720 lebih dari cukup untuk modal satu kotak besar minyak JTX1000. Sekiranya baki pinjaman saya tidak guna, saya mampu menebus semula cincin tersebut beserta upah simpan sebanyak RM56.33 (6bulan).

Jika anda menggunakan stok minyak untuk kenderaan sendiri anggaplah anda beli pada diri sendiri dan bayarlah juga RM170 ke akaun modal anda. :) Selamat mencuba.

* Pengiraan di atas merupakan anggapan jika Stok terjual sebanyak 1kotak (4 botol), ia bergantung kepada usaha individu untuk mencapai target. Admin menggunakan modal tersebut bukan sahaja untuk projek minyak JTX1000 tetapi juga untuk projek cetakan Heat Press ( http://www.facebook.com/kedaishahzana ). admin tidak bertanggungjawab di atas kerugian yang di tanggung oleh pembaca. Sekiranya ingin sedikit modal masukkan barang kemas yang paling ringan bagi mengurangkan kos upah simpan - kiraan berdasarkan 0.75% dari nilai marhum emas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan