Sabtu, 9 Mac 2013

Kisah Kancil NGV JTX1000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Saya merupakan pengguna kereta kancil 850 yang menggunakan bahan bakar alternatif - Natural Gas Vechile (NGV) sejak 2007 iaitu semasa krisis harga minyak. Pada peringkat awal banyak masalah timbul disebabkan tidak memahami cara  penggunaan dan penjagaannya sehinggakan 2 kali overhaul  dalam masa tak sampai setahun. Atas tunjuk ajar atau tips seorang kakak pemandu teksi (yang saya naik semasa kereta dalam workshop - untuk pergi kerja), barulah dapat merasai nikmat menggunakan NGV.

Kancil NGV ini saya gunakan untuk pergi kerja sejauh lebih 150km setiap hari dengan PLUS Senawang <==> UPM sebagai laluan utama dan LEKAS Pajam <==> Senawang sebagai alternatif jika berlaku kesesakan lalulintas di PLUS. Kadar tol buat masa ini RM13.80 (PLUS) pergi balik manakala kos bahan api cuma RM5.++ dan kadang-kadang tak sampai pun... jika saya guna petrol kadarnya RM15.00. Ha! boleh kira sendirilah berapa saya jimat... Ramai orang kata enjin cepat rosak... dengan penjimatan tersebut setiap tahun overhaul pun tiada masalah - kereta saya selepas 3 tahun baru enjin kena usik itupun disebabkan radiator pecah sampai overheat, tak sedar punya pasal terpaksalah top overhaul.


MASALAH utama kancil NGV saya sebelum ini ialah asap putih yang sekali sekala keluar semasa sedang memecut di lebuhraya dan minyak hitam cepat kering, sampailah saya beralih menggunakan minyak JTX1000 barulah masalah ini selesai (asap putih tak keluar dan tiada masalah minyak kering sampai nak servis 10000km), dan yang paling best bunyi enjin lebih lembut dan tidak kasar... Servis kancil saya pun di panjangkan dari 5000km ke 10000km.



Tahukah pembaca setelah 5 kali beli minyak JTX1000 baru saya tergerak hati nak jadi ahli. Sebenarnya saya fobia dengan konsep MLM lebih-lebih lagi jika sebut Hai-O. Tapi saya tak boleh sangkal kelebihan produk ini. Pengedar yang bekal pada saya lansung tak sentuh atau memepengaruhi saya untuk masuk jadi ahli, bila saya nyatakan hasrat dia senyum dan serah borang pada saya... JTX1000 lah yang mempengaruhi saya lebih-lebih lagi semasa top overhaul baru-baru nie mekanik bagitahu enjin bersih...sayang mekanik tu tak ambil gambar seperti yang saya minta.

Bila jadi ahli / pengedar secara tak lansung ejen saya tak bekalkan lagi minyak pada saya dan saya pula kena bersedia membekalkan minyak ini jika ada orang nak beli, oleh itu saya kena pergi sendiri ke stokis untuk membelinya, alang2 beli biarlah 1 kotak (4botol). POST akan datang saya akan bagi trik macamana beli minyak 4 botol tanpa jejaskan simpanan... ia ada kaitan dengan logam berharga... trik ini saya pernah guna untuk perkara lain jadi apa salahnya sharing di sini manalah tahu ada yang sudi daftar bawah saya :) sebelum itu untuk gambaran kasar layari http://dinar24k.blogspot.com (blog saya juga).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan